|
|
HOME About MRSM BP History Location Photos Latest News Reunion 2005 Batch 94/95 Teachers and Staff Students Links Contact
|
Sejarah
MRSM Balik Pulau telah ditubuhkan pada tahun 1984 dengan pengambilan pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan tingkatan 1. Pelajar tingkatan tiga sebelum ini telah menumpang di MRSM Terendak dan MRSM Muar. Pada masa ini maktab ini hanya mempunyai enam kelas iaitu tiga kelas tingkatan 1 dan tiga kelas tingkatan 3. Seramai dua puluh orang guru juga sebelumnya menumpang di MRSM Terendak dan MRSM Muar ditempatkan di sini bersama-sama dengan pelajar-pelajar tersebut. Seramai lebih kurang lima belas orang guru-guru baru juga turut sama berkhidmat pada tahun yang sama. Sehingga kini guru-guru di maktab ini sering silih berganti dan guru-guru kelompok pertama dahulu hanya tinggal beberapa orang sahaja. Diawal penubuhannya maktab mengamalkan sistem kelas terapung diamalkan di mana para pelajar berpindah pindah tempat untuk mengikuti kelas yang berlainan. Maktab pernah menjadi wakil diperingkat kebangsaan dalam bahagian syarahan agama, tilawah Al Quran pada tahun 1986 dan bolasepak. Pada pertandingan tilawah Al Quran, maktab telah menjadi naib johan. Pengetua yang pernah berkhidmat di sini: 1984-1987 Encik Mohd Husin bin Ibrahim 1988-1989 Encik Faruk Senan bin Abdullah 1990-1995 Tuan Haji Abdul Ghani bin Jusoh 1995-2004 Encik Faruk Senan bin Abdullah |